Monday, 3 March 2014

Food supplement 101: Bagaimanakah cara untuk meningkatkan sistem imun anda.





Sistem imun adalah amat penting keranan ia umpama sistem pertahanan yang melindungi diri kita dari "penceroboh-penceroboh" yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Penceroboh-penceroboh ini juga digelar patogen dalam istilah perubatan. 



Untuk meningkatkan ataupun mengoptimumkan sistem keimunan, adalah amat penting bagi anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu:

~ Jangan / berhenti merokok



~ Mengamalkan diet yang kaya dengan buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, dan rendah kandungan garam




~ Selalu bersenam



~ Mengekalkan berat badan yang ideal





~ Mengawal tekanan darah



~ Elakkan atau jangan minum minuman keras



~ Dapatkan tidur yang secukupnya.



~ Selalu membasuh tangan dan memasak makanan dengan secukupnya bagi mengelakkan jangkitan kuman



~ dapatkan pemeriksaan perubatan secara berkala 




Sistem keimunan memerlukan persekitaran yang sihat dan berkhasiat. Kajian mendapati mereka yang tidak mendapat zat yang secukupnya adalah lebih berisiko mendapat jangkita penyakit.

Apa yang harus anda lakukan? Sekiranya anda rasa anda tidak mendapat zat yang secukupnya dari makanan anda, anda boleh mengambil makanan tambahan. Para saintis masih lagi mengkaji potensi meningkatkan sistem keimunan dengan beberapa jenis nutrien. Antaranya:
~ Selenium*
~ Vitamin A
~ Vitamin B2
~ Vitamin B6
~ Vitamin C
~ Vitamin D
~ Vitamin E*
~ Zinc

*Kajian terkini dari Harvard Medical School mendapati Selenium & Vitamin boleh meningkatkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki.



Mahu mendapatkan vitamin-vitamin ini? PM/ SMS/ Whatapps ke 0197072661 dan dapatkannya pada harga istimewa.

Artikel ini diolah semual dari artikel sebenar yang dipetik dari
http://www.health.harvard.edu/flu-resource-center/how-to-boost-your-immune-system.htm

Sunday, 2 March 2014

Bijirin sebagai pencegah pelbagai penyakit kronik









Pada bahagian pertama, saya telah berkongsi serba sedikit berkenaan keburukan diet kaya bijirin dan kekacang. Baiklah, seperti yang telah dijanjikan, saya akan membincangkan tentang kebaikan diet ini pula untuk entry kedua ini.

Meskipun asid phytic yang terkandung dalam bijirin dan kekacang boleh bertindak sebagai bahan antinutrien, ia juga boleh mencegah penyakit-penyakit kronik seperti kanser, diabetes, batu karang atau penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, arteriosklerosis dan sebagainya. Tetapi, bagaimana asid phytic boleh membantu dalam mencegah penyakit-penyakit yang disenaraikan tadi?





Sebenarnya keupayaan asid phytic untuk mengikat nutrien-nutrien tertentulah yang boleh mencegah penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas. Dalam istilah kimia, asid phytic digelar sebagai "chelating agent" dari perkataan Greek kuno "Chele" bermaksud claw atau kuku. Jadi asid phytic ialah agen yang boleh "mencengkam" sesuatu mineral atau kompaun yang lain. Gambarajah dibawah memberi ilustrasi bagaimana chelating agent (biru) mengikat mineral (hijau).  





Sebagai contoh, keupayaan asid phytic untuk mengikat zat besi boleh mengurangkan risiko kanser usus kerana zat besi telah dikenalpasti sebagai antara penyebab kanser ini. Selain itu, asid phytic juga boleh meningkatkan aktiviti "natural killer cells" atau pembunuh sel semulajadi serta mencegah pembentukan tumor.





Pesakit yang menghidap hemochromatosis, sejenis penyakit genetik yang menyebabkan lebihan zat besi, juga boleh mendapat faedah dari mengamalkan diet ijirin dan kekacang yang kaya dengan asid phytic ini.

Asid phytic juga mempunyai peranan yang penting dalam mengawal fungsi pankreas serta rembesan hormon insulin. Ia mampu mengurangkan respon glisemik, jadi pesakit diabetes ia mampu bertindak sebagai penahan lapar.





Jadi sekiranya anda mempunyai atau mahu mengelakkan masalah-masalah kesihatan seperti yang dinyatakan tadi, asid phytic mungkin baik untuk anda. 


Sunday, 23 February 2014

Kebaikan dan keburukan diet tinggi bijirin serta kekacang. Bhg 1






Mungkin ramai antara kita yang menyukai diet yang kaya dengan bijirin. Dan mungkin juga ramai yang menyukai kekacang sebagai snek. Namun tahukah anda bijirin dan kekacang mengandungi antinutrien. Ya, antinutrien. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan antinutrien? Antinutrien ialah bahan yang boleh menurunkan keupayaan sistem pencernaan menyerap nutrient daripada makanan.

Asid Phytic yang terkandung dalam bijirin dan kekacang (legumes) ialah salah satu antinutrient yang boleh menghalang badan kita dari menyerap mineral-mineral penting seperti kalsium, magnesium, zat besi dan juga zink. 


Tapi, apa pula "asid phytic" ini?

Asid Phytic ialah sejenis asid tepu yang banyak terkandung dalam sel tumbuhan. Ia merupakan simpanan fosfat dan tenaga bagi tumbuhan.

Fungsi utama asid phytic ialah mencegah percambahan bijirin dan kekacang sehingga keadaan persekitaran betul-betul sesuai untuk percambahan. Malangnya, jika diambil pada kadar tertentu melalui makanan, ia akan 'mengikat' nutrien-nutrien lain yang diperlukan oleh badan semasa proses pencernaan. Jadi, mengamalkan pemakanan yang tinggi dengan bijirin atau kekacang akan menimbulkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang akibat kekurangan mineral. Ini termasuklah osteoporosis, buasir dan sebagainya.



Ini terbukti apabila kajian mendapati golongan vegetarian mengalami nutrient loss yang tinggi berbanding mereka yang mengamalkan diet biasa. Ini kerana mereka mengambil lebih banyak tumbuhan yang sebahagianya mengandungi asid phytic bagi setiap hidangan. Pengambilan 5-10 mg asid phytic mampu mengurangkan penyerapan zat besi sehingga 50% oleh badan. Ini akan menimbulkan masalah terutama bagi mereka yang menghidap anemia.



Akan tetapi, keupayan asid phytic untuk mengikat sesuatu nutrient atau mineral juga mungkin boleh membantu anda mencegah sesuatu penyakit. Macam mana pula ya? Ini akan saya bincangkan di bahagian kedua artikel ini nanti.

Wednesday, 19 February 2014

“LET FOOD BE THY MEDICINE AND MEDICINE BE THY FOOD”
"Jadikan makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan anda"
-HIPPOCRATES


Demikian kata Hippocrates, pengamal perubatan Greek yang tersohor pada seketika dahulu di zaman Pericles. Jelas sekali, beliau telah menyedari kepentingan pengambilan makanan yang sihat kerana makanan sebegini mempunyai keupayaan untuk menyembuh pelbagai penyakit.

Dalam istilah moden, pendekatan yang dipelopori oleh Hippocrates dinamakan sebagai "Nutraceutical approach" atau pendekatan nutraseutikal dalam perubatan. Istilah ini lahir dari gabungan perkataan "nutrition" dan "pharmaceutical".

Malah, mengikut tradisi Islam, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)". Jika Hippocrates menekankan pengambilan makanan yang sihat yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit, Nabi Muhammad pula menekankan betapa penting mengambil makanan yang baik atau sihat serta mengelakkan yang buruk.

Jadi, jika kita menyedari apakah manfaat dari sesuatu makanan, ini akan dapat membantu kita melakukan perubahan dalam diet seharian bagi membantu mengubati sesuatu penyakit atau mengelakkannya sama sekali. 

Berbalik kepada Nutraceutical approach, kajian terkini mendapati sememangnya pendekatan ini mempunyai keberkesanan dalam mencegah sesuatu penyakit seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, athritis dan sebagainya. Jelas, sekiranya anda lebih cakna atau alert dengan apa yang anda makan setiap hari, anda mampu menikmati kehidupan yang lebih baik.


Monday, 27 January 2014

Khasiat Vivix

Vivix ni adalah antara produk kesukaan saya. Kiranya, ia seperti mengubah hidup saya.Vivix mengandungi sejenis polifenol yang dikenali sebagai Resveratrol. Terdapat banyak kajian saintifik yang telah dibuat mengenai Resveratrol ini. Berdasarkan carian di dalam Science Direct, terdapat hampir 13556 saintifik artikel mengenai Resveratrol. Ini hanya dari Science Direct sahaja. Belum ditambah dengan carian artikel saintifik yang lain.


Resveratrol merupakan bahan utama di dalam Vivix. Vivix dibuat dari 4 jenis tumbuhan semulajadi. Sememangnya ia merupakan bahan semulajadi yang terpilih.


Kenapa saya kata Vivix merubah hidup saya? Kerana ia membantu saya mengawal tekanan darah tinggi saya. Sebelum ini saya pernah dimasukkan ke dalam wad kerana tekanan darah sehingga 160/110. Namun setelah mengambil Vivix, saya mendapati tekanan darah saya di sekitar 117-120/76-80. Selain itu, ia juga membantu menurunkan paras kolesterol.


Apa yang di ketahui daripada pembacaan artikel scientifik, Resveratrol mempunyai banyak manfaat kepada penyakit kardiovaskular. Jika kita lihat gabar di bawah, pengambilan Resveratrol mampu meningkatkan jangka hayat dan kesihatan keseluruhan pengguna.


Jika anda berminat dengan produk ini, anda boleh hubungi saya di talian 0197072661. Jangan lepaskan peluang mencuba produk yang terbaik ini. Dapatkannya segera.

Coenzyme Q10 (CoQ10)

Pernah dengar mengenai CoQ10? CoQ10 atau Co-enzim Q10 adalah sejenis antioksida yang dihasilkan oleh badan manusia. Ia dipelukan oleh semua sel untuk menghasilkan tenaga untuk setiap sel bagi membolehkan pertumbuhan sel berlaku (Ia diperlukan oleh mitokondia (sejenis organel seperti bateri di dalam sel)).


Source: http://www.begin2dig.com/2010/01/coq10-is-it-worth-it-from-athletic.html

Selaku antioksida, ia melindungi badan daripada rosak dari pelbagai jenis molekul merbahaya. Paras CoQ10 boleh menurun selari dengan usia kita. Ia juga kemungkinan berada di paras yang rendah sekiranya seseorang itu mengidap kanser, diabetes, masalah jantung, HIV/ AIDS, masalah genetik dan penyakit Parkinson's. Sesetengah preskripsi ubat juga boleh merendahkan parah CoQ10.

Apakah kegunaan CoQ10?
  • Kegagalan Jantung
 Sesetengah kajian menunjukkan CoQ10 membantu mengurangkan kegagalan jantung (Coenzyme Q10 (2006). Medical Letter on Drugs and Therapeutics, 48(1229): 19-20).

  • Kanser

Pada tahun 1961, saintis mendapati pesakit kanser mempunyai pada CoQ10 yang rendah di dalam darah. Sesetengah kajian ada menyarankan CoQ10 untuk membantu pesakit meningkatkan sistem imun dan kemungkinan berpotensi untuk mengubat penyakit kanser. 

Datuk Dr. Khoo Kah Lin (Pakar Perunding Kardiologi) merupakan  Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM) mengatakan penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. (sumber: Utusan Malaysia 22/3/2011).

Ya, wanita dan bukan lelaki seperti yang kita anggap sebelum ini.

Untuk menjaga kesihatan sel dan jantung, anda boleh mendapatkan CoQ10 atau dapatkan CoQ Health dari Shaklee.


Antara kelebihan CoQ Health Shaklee:
  • Ia menyokong penghasilan tenaga dari jantung 
  • Ia menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL (kolesterol jahat) 
  • Ia membantu meningkatkan peredaran darah 
  • Menambah dan mengekalkan Co-Q 10 di dalam darah 
  • Mengatasi kekurangan tenaga (letih, lesu, fatigue)
  • Bagus untuk pesakit Parkinson's, Hungtington's, Alzheimer's, Fredreich's ataxia dan Loh Gehrig's Disease kerana peranan Coq10 melindungi saraf dalam badan mereka
  • Bagus untuk pesakit yang mengambil Statins (ubat mengurangkan kolesterol)
  • Amat baik untuk wanita yang mengambil pil perancang keluarga kerana pil tersebut dipercayai boleh menghalang penghasilan CoQ10
  •  Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu membentu pelindung matahari semulajadi kulit (Sunblock semulajadi)
  • Meningkatkan jumlah sperma dan meningkatkan kadar persenyawaan

Friday, 24 January 2014

Leek-potato Soup

Malan tadi memang terasa macam malas nak memasak. Jadinya buat hidangan yang simple saja.

 Leek-potato Soup
Bahan-bahan:
  • Leek (ambil bahagian bawah, buangkan daunnya)
  • Bawang Besar
  • Butter
  • Kentang
  • Daun bay
  • Stok sayur/ayam/ daging
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara-cara memasak:
  • Cairkan butter, kemudian tumiskan bawang besar dan leek (jangan sampai kuning)
  • Apabila sudah lembut, masukkan stok ayam/ daging/ sayur, daun bay, kentang
  • Rebus sehingga kentang lembut
  • Kisar semua bahan yang telah dimasak tadi
  • Simpan di dalam peti ais sehingga sejuk
  • Enak dimakan sejuk (boleh juga di makan panas)
Anda juga boleh menambah krim atau telur bagi memekatkan lagi sup ini. Ia merupakan hidangan yang ringkas tetapi akan memberi kesan kenyang yang lama. Selamat mencuba.