Monday 3 March 2014

Food supplement 101: Bagaimanakah cara untuk meningkatkan sistem imun anda.





Sistem imun adalah amat penting keranan ia umpama sistem pertahanan yang melindungi diri kita dari "penceroboh-penceroboh" yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Penceroboh-penceroboh ini juga digelar patogen dalam istilah perubatan. 



Untuk meningkatkan ataupun mengoptimumkan sistem keimunan, adalah amat penting bagi anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu:

~ Jangan / berhenti merokok



~ Mengamalkan diet yang kaya dengan buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, dan rendah kandungan garam




~ Selalu bersenam



~ Mengekalkan berat badan yang ideal





~ Mengawal tekanan darah



~ Elakkan atau jangan minum minuman keras



~ Dapatkan tidur yang secukupnya.



~ Selalu membasuh tangan dan memasak makanan dengan secukupnya bagi mengelakkan jangkitan kuman



~ dapatkan pemeriksaan perubatan secara berkala 




Sistem keimunan memerlukan persekitaran yang sihat dan berkhasiat. Kajian mendapati mereka yang tidak mendapat zat yang secukupnya adalah lebih berisiko mendapat jangkita penyakit.

Apa yang harus anda lakukan? Sekiranya anda rasa anda tidak mendapat zat yang secukupnya dari makanan anda, anda boleh mengambil makanan tambahan. Para saintis masih lagi mengkaji potensi meningkatkan sistem keimunan dengan beberapa jenis nutrien. Antaranya:
~ Selenium*
~ Vitamin A
~ Vitamin B2
~ Vitamin B6
~ Vitamin C
~ Vitamin D
~ Vitamin E*
~ Zinc

*Kajian terkini dari Harvard Medical School mendapati Selenium & Vitamin boleh meningkatkan risiko kanser prostat di kalangan lelaki.



Mahu mendapatkan vitamin-vitamin ini? PM/ SMS/ Whatapps ke 0197072661 dan dapatkannya pada harga istimewa.

Artikel ini diolah semual dari artikel sebenar yang dipetik dari
http://www.health.harvard.edu/flu-resource-center/how-to-boost-your-immune-system.htm

Sunday 2 March 2014

Bijirin sebagai pencegah pelbagai penyakit kronik









Pada bahagian pertama, saya telah berkongsi serba sedikit berkenaan keburukan diet kaya bijirin dan kekacang. Baiklah, seperti yang telah dijanjikan, saya akan membincangkan tentang kebaikan diet ini pula untuk entry kedua ini.

Meskipun asid phytic yang terkandung dalam bijirin dan kekacang boleh bertindak sebagai bahan antinutrien, ia juga boleh mencegah penyakit-penyakit kronik seperti kanser, diabetes, batu karang atau penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, arteriosklerosis dan sebagainya. Tetapi, bagaimana asid phytic boleh membantu dalam mencegah penyakit-penyakit yang disenaraikan tadi?





Sebenarnya keupayaan asid phytic untuk mengikat nutrien-nutrien tertentulah yang boleh mencegah penyakit-penyakit yang dinyatakan di atas. Dalam istilah kimia, asid phytic digelar sebagai "chelating agent" dari perkataan Greek kuno "Chele" bermaksud claw atau kuku. Jadi asid phytic ialah agen yang boleh "mencengkam" sesuatu mineral atau kompaun yang lain. Gambarajah dibawah memberi ilustrasi bagaimana chelating agent (biru) mengikat mineral (hijau).  





Sebagai contoh, keupayaan asid phytic untuk mengikat zat besi boleh mengurangkan risiko kanser usus kerana zat besi telah dikenalpasti sebagai antara penyebab kanser ini. Selain itu, asid phytic juga boleh meningkatkan aktiviti "natural killer cells" atau pembunuh sel semulajadi serta mencegah pembentukan tumor.





Pesakit yang menghidap hemochromatosis, sejenis penyakit genetik yang menyebabkan lebihan zat besi, juga boleh mendapat faedah dari mengamalkan diet ijirin dan kekacang yang kaya dengan asid phytic ini.

Asid phytic juga mempunyai peranan yang penting dalam mengawal fungsi pankreas serta rembesan hormon insulin. Ia mampu mengurangkan respon glisemik, jadi pesakit diabetes ia mampu bertindak sebagai penahan lapar.





Jadi sekiranya anda mempunyai atau mahu mengelakkan masalah-masalah kesihatan seperti yang dinyatakan tadi, asid phytic mungkin baik untuk anda.