Monday 16 June 2014

Penyakit batu karang (Kidney Stones)

Penyakit batu karang atau renal lithiasis adalah pembentukan suatu batu yang kecil dan keras di dalam ginjal (buah pinggang) anda. Selalunya batu ini adalah dari mineral dan garam di dalam badan. Ia berpunca dari pelbagai sebab dan boleh menyebabkan masalah kepada mana-mana bahagian di dalam saluran kencing anda. Selalunya ia adalah disebabkan oleh air kencing yang menjadi pekat yang akan menyebabkan mineral menjadi kristal dan melekat antara satu sama lain.


 Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/Extracorporeal_shock_wave_lithotripsy

Bergantung kepada situasi anda, anda mungkin hanya memerlukan ubat penahan sakit atau banyak minum air (plain water dan bukan air manis, ya)  untuk mengeluarkan batu karang. Mungkin juga anda memerlukan pembedahan. Doktor anda mungkin menyarankan langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko berulangnya penyakit batu karang sekiranya anda berisiko untuk menghadapinya semula.

Antara ciri-ciri penyakit batu karang adalah:
  • Sakit si bahagian tepi, belakang, bawah tulang belakang
  • Sakit yang menular di bawah abdomen dan ari-ari
  • Kesakitana datang sekali-sakala dan tahap kesihatan yang pelbagai
  • Sakit bila membuang air kecil
  • Terdapat perubahan warna di dalam urin anda (mearh muda, merah atau kecoklatan)
  • Urin yang berbau
  • Loya dan muntah
  • Membuang air kecil lebih dari biasa
  • Demam mubgkin terjadi sekiranya berlaku jangkitan kuman

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya mempunyai ciri-ciri di atas adalah minum banyak air dan sekiranya anda demam dan mengalami urin berdarah, sila berjumpa dengan doktor anda. Bagi anda yang mengambil suplemen Shaklee boleh mengambil Alfalfa atau Vivix. Bagi mereka yang belum mendapatkannya boleh hubungi kami di talian 0197072661 atau 0167154145.

No comments:

Post a Comment