Tuesday 17 June 2014

Aiskrim Mangga

Anda suka makan aiskrim, tetapi takut gemuk? Apa yang boleh anda lakukan adalah buat sendiri aiskrim anda. 

Aiskrim mangga

Bahan-bahan:
200g mangga di potong dadu
20g mangga turut dipotong dadu
Plain yogurt (2 sudu besar)
Madu (satu sudu besar)

Cara-cara:
Masukkan 200g mangga yang telah didadu ke dalam blender atau food processor anda. Kemuadian masukkan yogurt dan madu. Kisarkan semua bahan tadi. Sekiranya masih kurang manisnya, ada boleh tambah sedikit lagi madu. Sekiranya anda mempunyai bekas aiskrim seperti gambar, anda boleh meyusun 20g mangga yang telah didadu di dalam bekas aiskrim dan mula menuang bahan yang dikisar tadi. (Jika tiada, boleh juga digunakan bekas plastik aiskrim Malaysia.). Bekukan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dimakan. Selamat mencuba.


1 comment:

  1. Musim mangga nnti nk cuba la...bagus sbb tak de tambah gula

    ReplyDelete