Sunday 23 February 2014

Kebaikan dan keburukan diet tinggi bijirin serta kekacang. Bhg 1






Mungkin ramai antara kita yang menyukai diet yang kaya dengan bijirin. Dan mungkin juga ramai yang menyukai kekacang sebagai snek. Namun tahukah anda bijirin dan kekacang mengandungi antinutrien. Ya, antinutrien. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan antinutrien? Antinutrien ialah bahan yang boleh menurunkan keupayaan sistem pencernaan menyerap nutrient daripada makanan.

Asid Phytic yang terkandung dalam bijirin dan kekacang (legumes) ialah salah satu antinutrient yang boleh menghalang badan kita dari menyerap mineral-mineral penting seperti kalsium, magnesium, zat besi dan juga zink. 


Tapi, apa pula "asid phytic" ini?

Asid Phytic ialah sejenis asid tepu yang banyak terkandung dalam sel tumbuhan. Ia merupakan simpanan fosfat dan tenaga bagi tumbuhan.

Fungsi utama asid phytic ialah mencegah percambahan bijirin dan kekacang sehingga keadaan persekitaran betul-betul sesuai untuk percambahan. Malangnya, jika diambil pada kadar tertentu melalui makanan, ia akan 'mengikat' nutrien-nutrien lain yang diperlukan oleh badan semasa proses pencernaan. Jadi, mengamalkan pemakanan yang tinggi dengan bijirin atau kekacang akan menimbulkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang akibat kekurangan mineral. Ini termasuklah osteoporosis, buasir dan sebagainya.



Ini terbukti apabila kajian mendapati golongan vegetarian mengalami nutrient loss yang tinggi berbanding mereka yang mengamalkan diet biasa. Ini kerana mereka mengambil lebih banyak tumbuhan yang sebahagianya mengandungi asid phytic bagi setiap hidangan. Pengambilan 5-10 mg asid phytic mampu mengurangkan penyerapan zat besi sehingga 50% oleh badan. Ini akan menimbulkan masalah terutama bagi mereka yang menghidap anemia.



Akan tetapi, keupayan asid phytic untuk mengikat sesuatu nutrient atau mineral juga mungkin boleh membantu anda mencegah sesuatu penyakit. Macam mana pula ya? Ini akan saya bincangkan di bahagian kedua artikel ini nanti.

Wednesday 19 February 2014

“LET FOOD BE THY MEDICINE AND MEDICINE BE THY FOOD”
"Jadikan makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan anda"
-HIPPOCRATES


Demikian kata Hippocrates, pengamal perubatan Greek yang tersohor pada seketika dahulu di zaman Pericles. Jelas sekali, beliau telah menyedari kepentingan pengambilan makanan yang sihat kerana makanan sebegini mempunyai keupayaan untuk menyembuh pelbagai penyakit.

Dalam istilah moden, pendekatan yang dipelopori oleh Hippocrates dinamakan sebagai "Nutraceutical approach" atau pendekatan nutraseutikal dalam perubatan. Istilah ini lahir dari gabungan perkataan "nutrition" dan "pharmaceutical".

Malah, mengikut tradisi Islam, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)". Jika Hippocrates menekankan pengambilan makanan yang sihat yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit, Nabi Muhammad pula menekankan betapa penting mengambil makanan yang baik atau sihat serta mengelakkan yang buruk.

Jadi, jika kita menyedari apakah manfaat dari sesuatu makanan, ini akan dapat membantu kita melakukan perubahan dalam diet seharian bagi membantu mengubati sesuatu penyakit atau mengelakkannya sama sekali. 

Berbalik kepada Nutraceutical approach, kajian terkini mendapati sememangnya pendekatan ini mempunyai keberkesanan dalam mencegah sesuatu penyakit seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, athritis dan sebagainya. Jelas, sekiranya anda lebih cakna atau alert dengan apa yang anda makan setiap hari, anda mampu menikmati kehidupan yang lebih baik.