Monday 27 January 2014

Coenzyme Q10 (CoQ10)

Pernah dengar mengenai CoQ10? CoQ10 atau Co-enzim Q10 adalah sejenis antioksida yang dihasilkan oleh badan manusia. Ia dipelukan oleh semua sel untuk menghasilkan tenaga untuk setiap sel bagi membolehkan pertumbuhan sel berlaku (Ia diperlukan oleh mitokondia (sejenis organel seperti bateri di dalam sel)).


Source: http://www.begin2dig.com/2010/01/coq10-is-it-worth-it-from-athletic.html

Selaku antioksida, ia melindungi badan daripada rosak dari pelbagai jenis molekul merbahaya. Paras CoQ10 boleh menurun selari dengan usia kita. Ia juga kemungkinan berada di paras yang rendah sekiranya seseorang itu mengidap kanser, diabetes, masalah jantung, HIV/ AIDS, masalah genetik dan penyakit Parkinson's. Sesetengah preskripsi ubat juga boleh merendahkan parah CoQ10.

Apakah kegunaan CoQ10?
  • Kegagalan Jantung
 Sesetengah kajian menunjukkan CoQ10 membantu mengurangkan kegagalan jantung (Coenzyme Q10 (2006). Medical Letter on Drugs and Therapeutics, 48(1229): 19-20).

  • Kanser

Pada tahun 1961, saintis mendapati pesakit kanser mempunyai pada CoQ10 yang rendah di dalam darah. Sesetengah kajian ada menyarankan CoQ10 untuk membantu pesakit meningkatkan sistem imun dan kemungkinan berpotensi untuk mengubat penyakit kanser. 

Datuk Dr. Khoo Kah Lin (Pakar Perunding Kardiologi) merupakan  Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM) mengatakan penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. (sumber: Utusan Malaysia 22/3/2011).

Ya, wanita dan bukan lelaki seperti yang kita anggap sebelum ini.

Untuk menjaga kesihatan sel dan jantung, anda boleh mendapatkan CoQ10 atau dapatkan CoQ Health dari Shaklee.


Antara kelebihan CoQ Health Shaklee:
  • Ia menyokong penghasilan tenaga dari jantung 
  • Ia menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL (kolesterol jahat) 
  • Ia membantu meningkatkan peredaran darah 
  • Menambah dan mengekalkan Co-Q 10 di dalam darah 
  • Mengatasi kekurangan tenaga (letih, lesu, fatigue)
  • Bagus untuk pesakit Parkinson's, Hungtington's, Alzheimer's, Fredreich's ataxia dan Loh Gehrig's Disease kerana peranan Coq10 melindungi saraf dalam badan mereka
  • Bagus untuk pesakit yang mengambil Statins (ubat mengurangkan kolesterol)
  • Amat baik untuk wanita yang mengambil pil perancang keluarga kerana pil tersebut dipercayai boleh menghalang penghasilan CoQ10
  •  Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu membentu pelindung matahari semulajadi kulit (Sunblock semulajadi)
  • Meningkatkan jumlah sperma dan meningkatkan kadar persenyawaan

No comments:

Post a Comment