Sunday 23 February 2014

Kebaikan dan keburukan diet tinggi bijirin serta kekacang. Bhg 1






Mungkin ramai antara kita yang menyukai diet yang kaya dengan bijirin. Dan mungkin juga ramai yang menyukai kekacang sebagai snek. Namun tahukah anda bijirin dan kekacang mengandungi antinutrien. Ya, antinutrien. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan antinutrien? Antinutrien ialah bahan yang boleh menurunkan keupayaan sistem pencernaan menyerap nutrient daripada makanan.

Asid Phytic yang terkandung dalam bijirin dan kekacang (legumes) ialah salah satu antinutrient yang boleh menghalang badan kita dari menyerap mineral-mineral penting seperti kalsium, magnesium, zat besi dan juga zink. 


Tapi, apa pula "asid phytic" ini?

Asid Phytic ialah sejenis asid tepu yang banyak terkandung dalam sel tumbuhan. Ia merupakan simpanan fosfat dan tenaga bagi tumbuhan.

Fungsi utama asid phytic ialah mencegah percambahan bijirin dan kekacang sehingga keadaan persekitaran betul-betul sesuai untuk percambahan. Malangnya, jika diambil pada kadar tertentu melalui makanan, ia akan 'mengikat' nutrien-nutrien lain yang diperlukan oleh badan semasa proses pencernaan. Jadi, mengamalkan pemakanan yang tinggi dengan bijirin atau kekacang akan menimbulkan masalah kesihatan dalam jangka masa panjang akibat kekurangan mineral. Ini termasuklah osteoporosis, buasir dan sebagainya.



Ini terbukti apabila kajian mendapati golongan vegetarian mengalami nutrient loss yang tinggi berbanding mereka yang mengamalkan diet biasa. Ini kerana mereka mengambil lebih banyak tumbuhan yang sebahagianya mengandungi asid phytic bagi setiap hidangan. Pengambilan 5-10 mg asid phytic mampu mengurangkan penyerapan zat besi sehingga 50% oleh badan. Ini akan menimbulkan masalah terutama bagi mereka yang menghidap anemia.



Akan tetapi, keupayan asid phytic untuk mengikat sesuatu nutrient atau mineral juga mungkin boleh membantu anda mencegah sesuatu penyakit. Macam mana pula ya? Ini akan saya bincangkan di bahagian kedua artikel ini nanti.

No comments:

Post a Comment