Leek-potato Soup
Bahan-bahan:- Leek (ambil bahagian bawah, buangkan daunnya)
- Bawang Besar
- Butter
- Kentang
- Daun bay
- Stok sayur/ayam/ daging
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- Cairkan butter, kemudian tumiskan bawang besar dan leek (jangan sampai kuning)
- Apabila sudah lembut, masukkan stok ayam/ daging/ sayur, daun bay, kentang
- Rebus sehingga kentang lembut
- Kisar semua bahan yang telah dimasak tadi
- Simpan di dalam peti ais sehingga sejuk
- Enak dimakan sejuk (boleh juga di makan panas)
Anda juga boleh menambah krim atau telur bagi memekatkan lagi sup ini. Ia merupakan hidangan yang ringkas tetapi akan memberi kesan kenyang yang lama. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment