Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Aiskrim Mangga

Anda suka makan aiskrim, tetapi takut gemuk? Apa yang boleh anda lakukan adalah buat sendiri aiskrim anda. 

Aiskrim mangga

Bahan-bahan:
200g mangga di potong dadu
20g mangga turut dipotong dadu
Plain yogurt (2 sudu besar)
Madu (satu sudu besar)

Cara-cara:
Masukkan 200g mangga yang telah didadu ke dalam blender atau food processor anda. Kemuadian masukkan yogurt dan madu. Kisarkan semua bahan tadi. Sekiranya masih kurang manisnya, ada boleh tambah sedikit lagi madu. Sekiranya anda mempunyai bekas aiskrim seperti gambar, anda boleh meyusun 20g mangga yang telah didadu di dalam bekas aiskrim dan mula menuang bahan yang dikisar tadi. (Jika tiada, boleh juga digunakan bekas plastik aiskrim Malaysia.). Bekukan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dimakan. Selamat mencuba.


Friday, 24 January 2014

Leek-potato Soup

Malan tadi memang terasa macam malas nak memasak. Jadinya buat hidangan yang simple saja.

 Leek-potato Soup
Bahan-bahan:
  • Leek (ambil bahagian bawah, buangkan daunnya)
  • Bawang Besar
  • Butter
  • Kentang
  • Daun bay
  • Stok sayur/ayam/ daging
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara-cara memasak:
  • Cairkan butter, kemudian tumiskan bawang besar dan leek (jangan sampai kuning)
  • Apabila sudah lembut, masukkan stok ayam/ daging/ sayur, daun bay, kentang
  • Rebus sehingga kentang lembut
  • Kisar semua bahan yang telah dimasak tadi
  • Simpan di dalam peti ais sehingga sejuk
  • Enak dimakan sejuk (boleh juga di makan panas)
Anda juga boleh menambah krim atau telur bagi memekatkan lagi sup ini. Ia merupakan hidangan yang ringkas tetapi akan memberi kesan kenyang yang lama. Selamat mencuba.