Monday, 20 January 2014

Bahaya ke Meal Shakes Shaklee ni?

Hari ni heboh dalam Facebook tentang seorang pelanggan yang mengatakan seorang doktor dari HKL memarahinya kerana beliau memberi anaknya Meal Shakes Shaklee. Menurut kata pelanggan itu, doktor itu mengatakan Meal Shakes Shaklee merbahaya kerana mengandungi 'Dietary Fiber'.





Tahukan anda apakah 'Dietary Fiber'? Menurut Mayo Clinic, "Dietary fiber, also known as roughage or bulk, includes all parts of plant foods that your body can't digest or absorb. Unlike other food components, such as fats, proteins or carbohydrates — which your body breaks down and absorbs — fiber isn't digested by your body. Instead, it passes relatively intact through your stomach, small intestine, colon and out of your body." 

Fiber atau serat lain yang biasa anda makan adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan. Sememangnya fiber ini tidak dapat dihadam oleh badan anda. Ini kerana fiber membantu pergerakan usus besar anda sewaktu memproses lebihan makanan anda yang sudah pun diproses oleh badan. Cuba bayangkan sekiranya makanan seharian anda tanpa fiber (serat), anda mungkin akan mengambil masa yang lama setiap kali anda membuang air besar. Anda juga berkemungkinan mendapat buasir dan kanser kolon.


 Terdapat banyak kebaikan sekiranya anda mengamalkan diet tinggi serat. Antaranya adalah:

  • Ia membantu meneutralkan pergerakan usus.
  • Membantu menjaga kesihatan usus.
  • Merendahkan tahap kolesterol.
  • Membantu mengawal kadar gula dalam darah.
  • Membantu mencapai berat yang sihat.

Saya juga memberikan anak saya Meal Shakes Shaklee. Anak kedua saya, Hana, mempunyai masalah sembelit. Anda cuba bayangkan betapa sayunya hati seorang ibu melihat anaknya menangis setiap kali membuang air besar. Sampai ke satu tahap, saya boleh melihat kesan darah pada najisnya. Kemudian kami membawanya bertemu dengan doktor keluarga kami. Beliau ada menyarankan supaya kami memberinya jus Prune. Masalah tersebut kadang-kadang berulang apabila kami tidak memberinya jus Prune.

Setelah diperkenalkan dengan Shaklee, kami mengambil Meal Shakes Shaklee sebagai makanan tambahan Hana. Sejak mengambil Meal Shakes Shaklee, tiada lagi masalah sembelit. Tiada lagi tangisan sewaktu membuang air besar.


Selain dari menyelesaikan masalah sembelit, berat Hana juga telah bertambah dan dia sudah kurang demam dan selsema. Saya risau setiap kali Hana demam, kerana dia pernah diserang sawan ketika demam panas. Nanti saya akan ceritakan kisahnya dientry yang lain. Sekiranya anda berminat mendapatkan Meal Shakes Shaklee untuk anak anda, sila PM/ SMS/ Whatsapp ke 0197072166.



No comments:

Post a Comment