“LET FOOD BE THY MEDICINE AND MEDICINE BE THY FOOD”
"Jadikan makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan anda"
-HIPPOCRATES
Demikian kata Hippocrates, pengamal perubatan Greek yang tersohor pada seketika dahulu di zaman Pericles. Jelas sekali, beliau telah menyedari kepentingan pengambilan makanan yang sihat kerana makanan sebegini mempunyai keupayaan untuk menyembuh pelbagai penyakit.
Dalam istilah moden, pendekatan yang dipelopori oleh Hippocrates dinamakan sebagai "Nutraceutical approach" atau pendekatan nutraseutikal dalam perubatan. Istilah ini lahir dari gabungan perkataan "nutrition" dan "pharmaceutical".
Malah, mengikut tradisi Islam, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)". Jika Hippocrates menekankan pengambilan makanan yang sihat yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit, Nabi Muhammad pula menekankan betapa penting mengambil makanan yang baik atau sihat serta mengelakkan yang buruk.
Jadi, jika kita menyedari apakah manfaat dari sesuatu makanan, ini akan dapat membantu kita melakukan perubahan dalam diet seharian bagi membantu mengubati sesuatu penyakit atau mengelakkannya sama sekali.
Berbalik kepada Nutraceutical approach, kajian terkini mendapati sememangnya pendekatan ini mempunyai keberkesanan dalam mencegah sesuatu penyakit seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, athritis dan sebagainya. Jelas, sekiranya anda lebih cakna atau alert dengan apa yang anda makan setiap hari, anda mampu menikmati kehidupan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment